Tuesday, November 23, 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran, Bondaku & Adikku, Nasrun


Selamat Ulangtahun kelahiran MA !!!!
Semoga dipanjangkan usia dengan kebaikan,
Semoga dimurahkan rezeki,
Semoga berbahagia dan berjaya didunia dan diakhirat.


Terima kasih ibuku,
Insan yang banyak memberiku panduan untuk menjalani hidup ini
Hidup yang banyak rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi,

Terima kasih ibuku,
Insan yang menjagaku sejak kecil hingga dewasa ini
Insan yang tidak pernah kenal erti jemu
Insan yang banyak berpenat lelah, letih dan lesu

Terima Kasih ibuku,
Sesungguhnya jasamu tidak dapat kubalas walau setitik peluh pun...
Semoga Allah memberkati hidupmu dan memanjangkan usiamu kerana
anakmu ini belum puas untuk berbakti kepadamu.

Sayang Ma selamanya dan sentiasa....
With Lots of Love
anakmu yang jauh dimata...dekat dihati...


Buat Adindaku, Ahmad Nasrun

Semoga pertambahan usia ini mematangkan lagi dirimu dalam menghadapi hidup ini. Sesungguhnya setiap kehidupan kita ini akan dinilai kembali disana dan semoga dirimu tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dari Nya. Jadilah seorang insan yang lebih baik dari semalam kerana masa yang berlalu tidak dapat diputar kembali. Semoga kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang dan kita tidak akan menyesal dengan apa yang telah tiada kelak.
Salam Ulangtahun Kelahiran yg ke 23

With lots of Luv,
Your Beloved sister, Aminatul Aiman